Agak mengerikan apabila terjumpa makhluk ganjil seperti ini. Penduduk kampung di sebuah perkampungan di Thailand bingung apabila menjumpai makhluk pelik ini.
Haiwan aneh yang berwarna gelap, bersisik seperti reptilia, berkepala buaya tetapi dilahirkan dari seek0r kerbau.
Vide0 rakaman menunjukkan haiwan ini diletakkan di atas meja dan 0rang ramai yang berkumpul di situ menyalakan lilin dan juga kemenyan.
Haiwan itu dikatakan timbul di High R0ck, Wanghin di Thailand dan dilahirkan sebagai seek0r kerbau lap0r laman web tempatan iaitu Rath.
Namun, bagaimana kepala dan badannya menyerupai seek0r buaya penduduk tempatan masih tidak ketahui.
Walau bagaimanapun, penduduk kampung di sana berharap dan percaya kemunculan haiwan pelik ini b0leh membawa petanda baik bagi kampung mereka.
SUMBER : CERITA MALAY WORLD
Sumber: viralhotblog
Gempar Temui Anak Kerbau, Berkepala Buaya
BANGKOK – Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya.
Lebih mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.
Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.
Don berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.
“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.
“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.
Menurutnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.
“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.
Anak kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik gambar haiwan berkenaan di Internet.
“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.
“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya. – Agensi
0 comments:
Post a Comment